Sunday 15 July 2012

EKSPLORASI KEBUDAYAAN 1 MALAYSIA

PROGRAM PERTAMA SEKRETARIAT 1 MALAYSIA UNISZA SESI 2012
EKSPLORASI KEBUDAYAAN 1 MALAYSIA
16,17,18, dan 19 FEBRUARI 2012
SIMPANG RENGGAM, JOHOR 


Program Eksplorasi Kebudayaan 1 Malaysia merupakan program Sekretariat 1 Malaysia di mana cetusan daripada biro kebudayaan dan perpaduan serta biro- biro lain Sekretariat 1 Malaysia. Program eksplorasi budaya ini lebih berunsurkan program keluarga angkat, namun dalam mendiversikan daripada kebiasaan serta memenuhi kapasiti Sekretariat 1 Malaysia, program Eksplorasi Kebudayaan 1 Malaysia ini akan dijayakan dalam kalangan keluarga kaum India Muslim.

Program ini adalah bagi menjayakan objektif penubuhan Sekretariat 1 Malaysia iaitu untuk memperbaharui penerapan nilai- nilai perpaduan dalam skop yang lebih fokus. Selain itu, program ini juga merupakan inisiatif untuk menerapkan dua daripada lapan nilai yang digariskan dalam Gagasan 1 Malaysia iaitu nilai penerimaan dan integriti. 

Melihat kepada kapasiti program ini yang akan melibatkan keluarga angkat yang merupakan golongan india muslim, maka introduksi kepada budaya India muslim juga akan terlaksana secara tidak langsung. Selain itu, sebagai program Sekretariat 1 Malaysia, program Eksplorasi Kebudayaan 1 Malaysia ini diharapkan dapat bertindak sebagai platform dan panduan bagi program- program Sekretariat 1 Malaysia yang seterusnya. 



credit for: Siti Aishah Bt Mohd Mansur Gunasagir
pengarah program Ekplorasi Kebudayaan 1 Malaysia

No comments:

Post a Comment